Friday, April 23, 2010

Iklan-Iklan Alia Travel di Harakah & Utusan Malaysia

Iklan ALIA Travel di Akhbar HARAKAH, Insya Allah akan
disiarkan pada Isnin, 26 April 2010


Iklan di Utusan Malaysia, Insya Allah akan disiar pada hari Selasa,

27 April 2010




Tuesday, April 20, 2010

PROMOSI UMRAH BULAN MEI 2010...SEGERA DAFTAR..HARGA FAMILY DAN GROUP BOLEH RUNDING TERUS DENGAN SAYA...CALL 012-2061493 HJ HASANUDDIN


PROMOSI PAKEJ UMRAH AKHIR RAMADHAN BERAYA DI MEKAH..PASTI MAMPU...!!!

KEUTAMAAN-KEUTAMAAN KOTA MEKAH

TERLALU BANYAK KEUTAMAN DAN KELEBIHAN KOTA MEKAH. Di sini saya dapat simpulkan antaranya adalah Allah telah memilih Kota Mekah sebagai :

1. Tempat dibangunnya Baitul Allah (Rumah Allah).
2. Kota kelahiran Nabi Muhammad saw sebagai Penutup para rasul.
3. Tempat untuk kita beribadah sebagai Muslimin yg datang dari jauh dan dekat
4. Tiada sesiapa boleh masuk ke dalamnya kecuali dengan rasa rendah hati, khusyu', kepala terbuka serta meninggalkan segala bentuk pakaian dan perhiasan dunia
5. Tempat yang Allah janjikan sebagai tempat yang AMAN, tidak boleh melakukan pertumpahan darah
6. Tempat untuk bertaubat dan menghapuskan dosa-dosa kita yang lalu
7. Tempat yang Allah perintahkan manusia untuk bertawaf mengelilingi Kaabah, kiblat kita masa solat
8. TIDAK ADA di mana2 mukabumi di dunia ini yang Allah wajibkan untuk mengunjunginya kecuali Mekah
9. Tidak ada sejengkal bumi pun di dunia ini yg Allah wajibkan untuk mengadapnya, melambaikan tangan kecuali ke Kaabah, Hajar Aswad, dan Rukun Yamani.
10. TIDAK ada mana2 mesjid walau bagaimana cantik dan besar manapun di dunia ini yang mana orang yg solat di dalamnya Allah gandakan pahalanya hingga 100,000 kali ganda
11. Tempat yg Allah melarang mengadap atau membelakangkannya waktu buang hajat
12. Tempay yg Allah bayar TUNAI, iaitu SERTA-MERTA kepada orang yg berniat JAHAT walaupun belum melakukannya, dan sesiapa yg melakukan kejahatan Allah lipat-gandakan dosanya kerana membuat kejahatan di Tanah Suci lebih besar dosanya berbanding dengan tempat lain

Dari itu kunjungilah segera ke Tanah Suci selagi nyawa umur masih ada, badan masih berupaya. Gunakankanlah sebahagian wang yang ada untuk mengejar limpah kurnia keberkatan dari Allah di tempat yang Allah suruh untuk mengunjunginya. Bagi yang telah pergi ke sana, terus dan teruskan kerinduan untuk beribadat ke sana kerana pahala yang melimpah-ruah yang Allah berikan sepanjang berada di sana...Allah hu 'aklam.

Monday, April 19, 2010

KOTA MEKAH YANG DICINTAI..


Sabda Nabi saw bermaksud "TIDAK ada bumi yang lebih baik dan lebih aku sukai daripadamu (Mekah), seandainya kaumku tidak mengusirku darimu,maka aku tidak akan tinggal di selainmu" Riwayat Al Tirmizi. Begitilah sayangnya Nabi kepada Kota Mekah, maka tidak hairanlah seluruh kaum Muslimin dari pelusuk dunia berpusu-pusu menziarahinya setiap detik kerana keberkatan dan kesuciannya.

Kota Mekah terletak di Bahagian Barat Arab Saudi di Tanah Hijaz, dikelilingi gunung-ganang, terutama di sekitar Kaabah. Dataran rendah sekitar Mekah ialah Batha' di timur Masjidil Haram disebut perkampungan Ma'ala'. Manakala di Barat Daya Mesjidil Haram ialah MISFALAH. Terdapat 3 pintu masuk utama ke Kota Mekah iaitu Ma'ala, Misfalah dan Shubaikah. Kota Mekah berada dalam ketinggian lebuh-kurang 300M dari paras laut.

SAMBUNGAN ESOK : KEUTAMAAN-KEUTAMAAN MEKAH.

Friday, April 9, 2010

ALIA TRAVEL & TOURS