Monday, April 19, 2010
KOTA MEKAH YANG DICINTAI..
Sabda Nabi saw bermaksud "TIDAK ada bumi yang lebih baik dan lebih aku sukai daripadamu (Mekah), seandainya kaumku tidak mengusirku darimu,maka aku tidak akan tinggal di selainmu" Riwayat Al Tirmizi. Begitilah sayangnya Nabi kepada Kota Mekah, maka tidak hairanlah seluruh kaum Muslimin dari pelusuk dunia berpusu-pusu menziarahinya setiap detik kerana keberkatan dan kesuciannya.
Kota Mekah terletak di Bahagian Barat Arab Saudi di Tanah Hijaz, dikelilingi gunung-ganang, terutama di sekitar Kaabah. Dataran rendah sekitar Mekah ialah Batha' di timur Masjidil Haram disebut perkampungan Ma'ala'. Manakala di Barat Daya Mesjidil Haram ialah MISFALAH. Terdapat 3 pintu masuk utama ke Kota Mekah iaitu Ma'ala, Misfalah dan Shubaikah. Kota Mekah berada dalam ketinggian lebuh-kurang 300M dari paras laut.
SAMBUNGAN ESOK : KEUTAMAAN-KEUTAMAAN MEKAH.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment